Pages

Rabu, 27 Mei 2009

Hanya Allah tempat kita bergantung


Jika kita merintih memohon dan menangis didepan Allah adakah kita akan dihina dicerca dan dikeji? jawapannya tentulah tidak, ini kerana Allah amat menyukai akan hambanya yang suka meminta kepadanya. Mungkin terkadang kita lupa dan lalai dari memohon kepada Allah,namun kita amat mengharapkan Allah akan membantu kita dalam apa jua keadaan kerana kita yakin tiada kuasa lain yang dapat membantu kita melainkan kuasa Allah semata-mata.

Jika kita memohon dihadapan makhluk pasti kita akan dipandang hina,kita akan diperlekeh dan mereka akan merasakan yang kita amat rendah harga diri kerana memohon kepada mereka yang hanya punyai sedikit kelebihan daripada kita. Itu yang kita akan rasa dan dapat apabila kita memohon kepada makhluk yang sama taraf dengan kita, sedangkan apa yang kita pohon itu belum tentu dapat ditunaikan lagi tetapi pandangan mereka terhadap kita sudah berubah dan maruah kita juga telah rendah disisi mereka. Namun berlainan jika kita memohon kepada Allah, kita tidak akan merasa malu untuk memohon apa jua dihadapan Allah,merintihlah,memohonlah,menangislah semahu-mahunya dihadapan Allah pasti kita tidak akan merasa diri kita dipandang rendah.

Jika kita bergantung kepada selain Allah pasti kita akan kecewa,namun jika Allah adalah tempat pergantungan kita pasti akan ada rasa keyakinan yang kuat didalam hati bahawa kita tidak akan dikecewakan. Memohon kepada Allah lebih mudah dari memohon kepada manusia, tetapi berapa ramai yang sanggup untuk melakukan sesuatu yang amat dibenci oleh nafsu dan meninggalkan perkara yang mendekatkan diri kepada syurga Allah...

عن أنس , أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :حفّت الجنة با المكاره ,وحفّت النار باالشهوات

Bermaksud:Syurga itu dikelilingi oleh perkara yang dibenci oleh nafsu dan neraka pula dikelilingi oleh perkara yang amat disukai oleh nafsu syahwat.
(Hadith hasan gharib riwayat imam at-Tirmizi,Bahrulmazi jilid 18 masalah ke 43 )

0 ulasan:

 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.