Pages

Jumaat, 26 Februari 2010

Ya Habibi Maulana Sayyidina Rasulullah...



Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai Dapat Kukucup Tanganmu
Moga Mengalir Keberkatan Dalam Diriku
Untuk Mengikut Jejak Langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Kutatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai Dapat Kudakap Dirimu
Tiada Kata Yang Dapat aku Ucapkan
HanYa Tuhan Saja Yang Tahu

Kutahu Cintamu Kepada Umat
Ummati Ummati
Kutahu Bimbangnya Kau Tentang Kami
Syafaatkan Kami

Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah Syafaatmu


Khamis, 18 Februari 2010

Baki 100 hari...

Sedar tak sedar hari ni dah 4 Rabi'ul Awwal 1431H bersamaan 18 Feb 2010. Firstly hepy besday tuk Cik Nadia Nabila yang ke 14 pada hari nie, moga berjaya dalam peperiksaan PMR thn ni yer.. hehe ..

Dah lama biarkan blog ni kosong, malas nak update, banyak dok kat luar, pc problem, ubahsuai pc, tambah cakera keras dan lain2. bila dok depan pc jer kerja first mesti masuk ke laman-laman berita dan blog-blog informasi, bukan mencari maklumat tapi ingin mendapat maklumat dan bandingkan maklumat-maklumat yang dipaparkan antara laman-laman tersebut.

Pesta Buku dunia arab baru jer habis 13 Feb 2010 ari tu, penat la berjalan tengok-tengok buku-buku. Macam-macam ada, dari Saudi Arabia, Syria, Beirut, Kuwait dan negara-negara arab yang lain, tu tak campur lagi dengan maktabah dari Mesir sendiri, memang penat la berjalan pusing kawasan tu. Penat tapi Puas.

Sekarang ni dah masuk Rabi'ul Awwal, bulan kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Diakhir saat Baginda hendak wafat Baginda masih lagi menyebut umatnya sebanyak 3 kali, apakah kita pada hari ini sentiasa ingat pada Baginda dan berselawat kepada Baginda? Muhasabah kita bersama.

Kita mulia kerana kita beragama Islam, bangsa tidak memberi erti apa-apa pada diri seseorang itu. Islam datang membawa kemuliaan dan mengangkat darjat manusia dari serendah-rendah darjat kepada setinggi-tingi darjat, namun jika manusia itu tidak beramal dgn Islam dan meninggalkan ajaran Islam serta tidak mempedulikan Islam, maka ia tidak akan mendapat kemuliaan apa-apa.

Masih berbaki tidak sampai 100 hari lagi untuk aku menghadapi peperiksaan akhir, huhu.. walaupun 7 subjek dan 3 subjek untuk peperiksaan lisan namun hakikatnya ia amat berat kerana al-Quran itu amat berat. Memang mudah untuk menghafaz al-Quran namun untuk menjaga hafalan itu amat payah. Nak tau payah mana try tgk laa...hehe...tp walaupun payah kemanisan itu tetap ada, pada siapa yang sudah mengecapinya pasti akan merindui kemanisan itu.

Musim sejuk pon dah dipenghujung, masa juga makin berlalu dengan pantas, 100 hari bukan masa yang panjang, ayuh!!! panaskan kembali butiran-butiran Ulum al-Quran, Dhobt al-Quran, Fawasil, Tarikh Mushaf, Tarajim Qurra' dan tentunya bait-bait Toyyibah al-Nasyri dan al-Quran itu juga tak dilupakan.

Serikandi Islam


Ummu Haram menyeberang lautan

UMMU Haram binti Milham merupakan isteri kepada Ubadah bin Samit dan ibu saudara susuan nabi Muhammad. Ummu Haram merupakan salah seorang dari kumpulan wanita Ansar yang mula-mula memeluk Islam.

Beliau juga merupakan ibu saudara kepada Anas bin Malik. Nabi Muhammad memuliakan Ummu Haram dengan mengatakan, "Kamu termasuk orang yang pertama daripada kalangan mereka".

Ini adalah kerana sifatnya yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan seperti berjihad, menuntut ilmu, mendahulukan kepentingan orang lain dan merendah diri.

Ummu Haram juga melibatkan diri dalam peperangan menentang pihak musuh Islam. Dia membantu merawat luka dan memberikan air kepada pasukan tentera Islam sewaktu peperangan Badar dan Uhud.

Jiwa Ummu Haram yang cekal dan kental memudahkan beliau bergerak di kawasan peperangan yang penuh bahaya bagi membantu dan merawat tentera Islam yang cedera.

Nabi Muhammad selalu mengunjungi masjid Quba yang didirikan oleh beliau atas dasar takwa kepada Allah. Kadangkala, beliau menaiki unta atau berjalan kaki menuju Masjid Quba lalu menunaikan solat sunat dua rakaat.

Kadang kala, Nabi Muhammad singgah di rumah Ummu Haram yang terletak berhampiran masjid Quba bagi melawatnya serta tidur siang di rumahnya. Malahan ada ketika beliau solat di rumah Ummu Haram.

"Assalamualaikum Ummu Haram!" Nabi Muhammad memberi salam sambil mengetuk pintu rumah Ummu Haram.

"Waalaikumusalam. Silakan masuk," jawab Ummu Haram sambil membuka pintu mempelawa Nabi Muhammad masuk.

"Apa khabar Ummu Sulaim dan Anas? Mari kita solat bersama-sama," kata Nabi Muhammad.

"Khabar baik, Rasulullah," balas Ummu Sulaim dan anaknya.

Mereka menunaikan solat sunat bersama-sama kerana pada ketika itu beliau belum masuk waktu solat wajib.

Kemudian Nabi Muhammad mendoakan kesejahteraan dan kebaikan dunia serta akhirat untuk Ummu Haram, Ummu Sulaim dan anaknya. Selepas itu, Ummu Haram menjemput nabi Muhammad makan bersama-sama.

"Ummu Haram, saya mahu berehat sebentar," kata Rasulullah selepas menjamah makanan yang disediakan oleh Ummu Haram.

"Baring dan berehatlah," balas Ummu Haram yang sedang mengemas pinggan di dapurnya.

Nabi Muhammad yang baring di ruang tamu tidak lama kemudian tertidur. Ummu Haram, Ummu Sulaim dan Anas berbual perlahan supaya tidak mengganggu baginda yang sedang tidur. Selepas beberapa ketika berlalu, Nabi Muhammad terjaga dari tidurnya dan tersenyum sendirian.

"Mengapa kamu tersenyum," tanya Ummu Haram dalam kehairanan.

"Beberapa orang dari umat Islam menawarkan diri berperang di jalan Allah. Mereka menaiki kapal merentas lautan menuju ke arah raja-raja yang zalim," jawab Nabi Muhammad sambil memandang wajah Ummu Haram.

"Ya Rasulullah, doakan saya semoga termasuk di antara golongan itu," pinta Ummu Haram yang berangan-angan supaya dapat menyertai peperangan bersama pasukan tentera Islam menyeberang lautan bagi menyebarkan agama Islam pada suatu hari nanti.

"Baiklah," balas Nabi SAW lalu mendoakan Ummu Haram. Kemudian, Rasulullah berbaring dan menyambung semula tidurnya.

Beberapa ketika kemudian, Nabi SAW bangkit dari tidurnya dan tertawa. Ummu Haram yang hairan dengan kelakuan baginda bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa kamu ketawa".

"Sekumpulan umat Islam diperlihatkan kepada saya seketika mereka berperang menentang pihak musuh Islam seperti raja bagi pasukannya," jawab Nabi Muhammad.

"Ya Rasulullah, doakan agar saya termasuk dalam golongan itu," mohon Ummu Haram.

"Kamu termasuk golongan yang pertama dari kalangan mereka," jawab Nabi Muhammad.

Peristiwa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad berlaku pada era pemerintahan Khalifah Usman bin Affan. Pada ketika itu, penaklukan bandar-bandar musuh Islam berlaku dengan rancak.

Ketika Usman ditabalkan sebagai Khalifah, Muawiyah Abu Sufian yang ketika itu menjadi Gabenor Syria mencadangkan pembentukan pasukan armada laut bagi menentang Empayar Byzantine.

Ekspedisi armada laut Muawiyah dibantu dengan sebuah kapal perang yang diketuai oleh Abdullah bin Abu Sarah dari Mesir.

Kedua kapal angkatan tentera laut Islam mula belayar menuju ke pulau Cyprus bagi bertempur pasukan tentera Byzantine yang berpangkalan di pulau itu.

"Tercapai juga cita-cita saya untuk berjihad di jalan Allah merentas lautan. Permintaan saya yang telah didoakan oleh rasulullah telah dimakbulkan oleh Allah," bisik hati Ummu Haram yang berdebar-debar berdiri di atas dek kapal.

Kedatangan kedua kapal angkatan tentera laut Islam itu tidak disedari oleh pasukan tentera Empayar Byzantium dan penduduk tempatan pulau Cyprus.

Ini adalah kerana tanggapan pihak musuh bahawa umat Islam tak mampu menyeberang lautan dan berperang di kawasan laut.

Abdullah bin Qais menghantar perisik untuk meninjau kekuatan pihak musuh sebelum melancarkan serang hendap. Pihak musuh yang terkejut dengan kehadiran pasukan tentera Islam dengan tiba-tiba hanya mampu memandang melihat kem kawalan mereka diambil alih oleh pihak tentera Islam.

"Panglima, saya sebagai ketua penduduk pulau ini sanggup membayar jizyah sebanyak 70,000 dinar setahun kepada kerajaan Islam. Tolong jangan apa-apakan penduduk pulau ini," mohon ketua penduduk pulau Cyprus kepada Abdullah bin Qais.

"Baiklah," balas Abdullah bin Qais dengan tegas.

"Panglima, izinkan saya untuk melihat kawasan sekitar pulau ini," tanya Ummu Haram kepada Abdullah bin Qais setelah pulau Cyprus telah selamat ditakluk oleh tentera Islam.

"Kamu boleh melawat sekitar pulau ini dengan menaiki kuda ini. Pastikan ada orang temankan kamu," Abdullah bin Qais memberikan kebenaran kepada Ummu Haram yang teringin melawat sekitar pulau itu.

Ummu Haram bersama beberapa orang tentera Islam mula bergerak menaiki kuda mengelilingi kawasan sekitar pulau Cyprus itu.

Pada suatu ketika, seekor binatang buas tiba-tiba muncul dan menyerang kuda yang dinaiki oleh Ummu Haram. Ini menyebabkan Ummu Haram tercampak daripada kudanya lalu jatuh menghempas tanah. Oleh sebab mengalami kecederaan parah, Ummu Haram meninggal dunia di tempat beliau jatuh.

Ummu Haram meninggal dunia pada tahun 27 Hijrah. Kubur beliau masih lagi terdapat dipinggir pantai Cyprus dan dikunjungi oleh umat Islam sehingga kini. Ummu Haram adalah pejuang Muslimah pertama menyeberang lautan untuk berjihad di jalan Allah.

 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.