Pages

Sabtu, 21 Mac 2009

WADI AL-HUMAITHARA...

18 mac 2009 aku beserta dengan Ust Naim,Ust Din dan juga Ust Najhie telah menyertai satu rombongan yang dianjurkan oleh fadhilah Asy-Syeikh Dr Yusri Al-hasani untuk menziarahi makam Sayyidi Abul Hasan Ali Asy-syazuli yang terletak di muhafazah Bahrul Ahmar,Aswan.

Kami bertolak dengan menaiki bas dari masjid Syeikh Dr Yusri di Muqattam kira-kira jam 2.30 ptg,kami bermusafir dengan dua biji bas dengan perjalanan yang dikhabarkan selama 12 jam(lama benor tu yeop…). Dalam perjalanan tu dapat la kami melihat tempat-tempat yg menarik,cantik dan boleh menenangkan fikiran…

Perjalanan yang lama amat dirasai,perjalanan melalui lereng bukit dan persisiran pantai itu akhirnya mebawa kami sampai ke suatu lembah yg dipanggil dengan nama Wadi Al-Humaithara. Disini terletaknya makam Syeikh Abul Hasan Asy-syazuli,beliau adalah pengasas Thoriqot Asy-Syazuliah yang terkenal dimesir dan seluruh dunia kini. Kami sampai kira-kira jam 3.30 pagi ke tempat Wadi Al-Humaithara dan terus berehat di sebuah rumah yang disediakan untuk rombongan kami disini hingga masuk waktu suboh. Selesai dari kami berwirid dan membaca hizib kami menziarahi makam Sayyidi Syeikh Asy-syazuli sebelum kami merehatkan badan.

Rombongan kami tidak sunyi dari dari berborak dan sembang-sembang,tapi kali ini bukan borak kosong ataupun sembang benda yang tak ada manfaat,tapi lebih kepada perbincangan ilmu. Turut serta bersama rombongan kami adalah Ust Hairulnizam,Ust Nazrul dan juga Ust Juzaili. Dari perbincangan tu dapat la aku menambahkan lagi pengetahuan aku,malah setiap kali selepas solat dan berwirid kami akan duduk dalam halaqah bersama Syeikh Dr Yusri Al-Hasani untuk mendengar kalam-kalam serta pengisian ataupun pengajian yang disampaikan oleh Syeikh. Antara kitab yang Syeikh Dr Yusri syarahkan adalah Hikam Ibn ‘Atoillah.

Pada pagi jumaat selepas solat suboh,Syeikh telah membawa kami mendaki sebuah bukit yang terletak berhadapan dengan masjid dan makam Syeikh Sayyidi Abul Hasan Asy-syazuli. Jabal itu dikenali dengan nama Jabal Humaithara dan kami membaca hizib dan berwirid diatas jabal ini sebelum turun untuk solat dhuha dan berkemas untuk pulang. Sementara menanti masuk waktu solat jumaat banyaklah halaqah yang aku duduk dan mendengar perbincangan dalam halaqah tersebut,antaranya apa yang diceritakan oleh Ust Hairul tentang Fadhilah Syeikh Idris Al-Marbawi dan juga tentang kitab Bahrul Mazi yang sedang ditahqiq beliau dan beberapa lagi rakannya. Moga allah memudahkan mereka dalam usaha mereka untuk memelihara warisan ulama’ tanah melayu yang agung itu. Kami bergerak pulang seusai solat jumaat kira-kira jam 1.15 ptg,inilah satu rehlah yang tak akan aku lupakan kerana membawa aku ke satu tempat yang tenang dan sunyi dari riuh bising bandar seperti shoubra dan juga memberi aku beberapa pengajaran serta pengalaman sebagai hamba,agak-agak bila lagi la boleh sampai sini erk..hehe..

Aku dan rakan-rakan sampai ke shoubra lebih kurang jam 1pg,dan sebenarnya pada 19 mac 2009 sorang sahabat kami telah mengadakan walimahnya di mansurah,beliau ialah Ust Rasyidi Ali. Tapi kami tak dapat nak hadir,tapi moga beliau terus bahagia bersama pasangannnya…adios…
 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.