Pages

Selasa, 7 Julai 2009

Tingkatkan usaha...




Lama juga rasanya tak menulis kat blog ni…dah bersawang rasanya..hehe…program Liqa’ Mahabbah 2009 (LIMA 09) anjuran Dpm Maqaz Shoubra telah melabuhkan tirainya pada 1 Julai 2009 yang lepas dgn majlis penutup serta majlis ramah mesra bersama Badan Pengurus PMRAM.

Alhamdulillah LIMA 09 berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun ada beberapa program yang dirancang terpaksa dihazafkan disaat-saat akhir disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, namun segalanya berjalan seperti yang dirancang dan moga manfaat yang kita dapat dari program-program yang terdapat dalam LIMA 09 ini dapat memberikan sesuatu yang berguna buat kita semua.

Habis dengan program baru-baru ini sempat juga saya dan beberapa orang rakan bermusafir ke Iskandariah menziarahi seorang sahabat yang baru menimang cahayamata ketika musim peperiksaan yang lepas dan sempat juga singgah menziarahi Ustaz Azizuddin Abdullah. Sehari berada di Iskandariah bukan suatu masa yang panjang untuk berjalan-jalan, namun cukup sekadar dapat menziarahi sahabat dan melihat anak beliau yang diberi nama Nurin Haniah Bt Hj Ahmad Hamdi.

Keputusan imtihan yang dinanti-nantikan oleh pelajar tahun akhir Maahad Qiraat al-Azhar juga telah keluar dan tahniah buat sahabat-sahabat yang lulus dalam imtihan baru-baru ini, buat sahabat-sahabat yang sedang menanti untuk lulus insyaallah kejayaan sedang menanti diri anda dan juga diri saya tak lama lagi.

Jadual durthani juga telah keluar di blog DPM Maqaz Shoubra buat tahun 1,2 dan 3, so, bersegeralah anda mempersiapkan diri untuk kali kedua ini, apa pun sekali gagal bukan bermakna kita akan gagal buat selamanya, mungkin apa yang telah Allah berikan ini adalah yang terbaik untuk kita dan kita perlu berusaha lagi untuk mendapat yang terbaik. Usahlah mengharapkan suatu keputusan yang luar biasa jika usaha yang dilakukan adalah biasa-biasa saja.

Buat sahabat-sahabat Shoubra yang sudah lulus, Tahniah sekali lagi diucapkan dan doakan kami yang akan menghadapi peperiksaan kali kedua Ogos ini.

Ahad, 21 Jun 2009

Hukum Saktah dalam al-Quran


Salah satu bab yang kita pelajari didalam Ilmu Tajwid adalah mengenai hukum saktah. Saktah menurut bahasa membawa erti berdiam.

Menurut istilah Ilmu Tajwid saktah bermaksud: Menghentikan bacaan sekejap tanpa menukar nafas dengan kadar masa dua harakat dan menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama.

Sebahagian Ulama’ Qurra’ menjelaskan bahawa saktah adalah sejenis waqaf yang lemah lembut tanpa bertukar nafas. Tujuan bacaan saktah adalah untuk mengasingkan antara dua patah perkataan supaya tidak menimbulkan kesamaran kepada pengertian ayat-ayat tertentu.

Didalam al-Quran Rasm Uthmani terdapat tanda huruf sin kecil ( س ) terletak diatas huruf akhir pada beberapa kalimah untuk menunjukkan berlaku hukum saktah pada kalimah itu.

Bacaan saktah bagi riwayat Hafs dari Qiraat Imam ‘Asim menurut Toriq al-Syatibi terdapat pada empat tempat tanpa khilaf:

1) Saktah di atas Alif pada kalimah عوجا (Surah al-Kahfi: 1)

2) Saktah di atas Alif pada kalimah من مرقد نا (Surah Yasin: 52)

3) Saktah di atas Nun pada kalimah وقيل من راق ( Surah al-Qiyamah: 27)

4) Saktah di atas Lam pada kalimah بل ران ( Surah al-Mutaffifin: 14)

Dan harus bagi bacaan riwayat Hafs di atas ha’ pada kalimah ما ليه هلك (Surah al-Haqqah:28) dua wajah bacaan:

1) Mengizharkannya serta saktah.

2) Mengidghamkannya.

Maka ini semua adalah contoh serta hukum bacaan saktah bagi riwayat Hafs dari Qiraat Imam ‘Asim menurut apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Syatibi didalam kitabnya yang masyhur dan amat banyak keberkatan dan faedah yang berjudul Hirzul Amani wa Wajhut Tahani.

Bacaan saktah berlaku apabila kita membaca satu ayat secara sambung tanpa waqaf, jika bacaan saktah itu berlaku pada ayat yang mempunyai tanda Waqaf Tam seperti من مرقد نا didalam surah Yasin ataupun hukum saktah itu berlaku pada Ra’su Ayat (Kepala Ayat) seperti عوجا didalam surah al-Kahfi dan juga ما ليه هلك didalam surah al-Haqqah, maka harus bagi kita berhenti dan menukar nafas pada tempat-tempat tersebut dan tidak berlaku hukum saktah pada tempat-tempat tersebut. Dan adalah menjadi satu kesalahan jika kita meninggalkan bacaan saktah tanpa alasan yang munasabah pada surah al-Qiyamah: 27 dan pada surah al-Mutaffifin: 14, kerana perbuatan tersebut menyalahi kaedah bacaan yang Mutawatir.


Rujukan:

1) Hidayah al-Qori ila Tajwid Kalam al-Bari- Syeikh Abdul Fattah al-Mursifi Rahimahullah.

2) Nihayah al-Qaul al-Mufid fi Ilmi al-Tajwid- Syeikh Muhammad Makki Nasr al-Juraisi Rahimahullah.

3) Tajwid al-Quran (Qiraat 'Asim Riwayat Hafs Toriq Syatibi )- Abu Mardhiyah Hafizahullah.

4) Tajwid al-Quran Rasm Uthmani- Haji Abdul Qadir Leong al-Azhari Hafizahullah.

Selasa, 2 Jun 2009

Ya Allah...mudahkan lah aku dalam urusan ini...


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan,tanpa ku sedari esok adalah hari pertama imtihanku di tahun akhir ini...

Esok 3 Jun 2009 adalah hari pertama imtihan bagi pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di tahun akhir syahadah takhassus di Maahad Qiraat al-Azhar Shoubra. Hmm...sedar tak sedar dah nak mula imtihan,rasa banyak lagi yang tak ingat dan tak study...ya Allah...imtihan esok akan dimulakan dengan subjek Tarikh Mushaf, kemudian al-Quran Tahriri (Penulisan), seterusnya diikuti dengan subjek Dhobt dan diteruskan dengan subjek Qiraat Tahriri, berikutnya diteruskan lagi dengan subjek Fawasil, Ulum al-Quran dan diakhiri pada 18 Jun 2009 insyaAllah dengan subjek Sejarah hidup Imam-imam Qiraat dan Perawinya..

Memang kita akui bahawa kita belajar bukan untuk imtihan, tapi tanpa imtihan bagaimana kita akan mengetahui akan kemampuan kita dalam sesuatu bidang ataupun subjek yang kita pelajari, imtihan mungkin akan menjadi satu medan untuk kita muhasabah akan kemampuan kita dalam bidang yang kita dalami untuk kita baiki dan menambah baikkan lagi kualiti mana-mana yang kita lemah supaya kelak kita tidak akan menyebarkan sesuatu yang salah kepada sesiapa yang mungkin akan menuntut ilmu dari kita ataupun untuk diri kita sendiri.

Selamat menempuh imtihan buat semua sahabat-sahabat tahun 3 Shoubra dan moga Allah memberikan kemudahan serta kejayaan buat kita semua insyaallah...

p/s: Abah, Mak, bangchaq, bangchik, kakteh, kaktam, wan, alip N nadia..doakan abang kat sini okey...buat semua yang mengenaliku,doakan aku dan kawan-kawanku kat sini semua moga najah semuanya...ameen...

Rabu, 27 Mei 2009

Hanya Allah tempat kita bergantung


Jika kita merintih memohon dan menangis didepan Allah adakah kita akan dihina dicerca dan dikeji? jawapannya tentulah tidak, ini kerana Allah amat menyukai akan hambanya yang suka meminta kepadanya. Mungkin terkadang kita lupa dan lalai dari memohon kepada Allah,namun kita amat mengharapkan Allah akan membantu kita dalam apa jua keadaan kerana kita yakin tiada kuasa lain yang dapat membantu kita melainkan kuasa Allah semata-mata.

Jika kita memohon dihadapan makhluk pasti kita akan dipandang hina,kita akan diperlekeh dan mereka akan merasakan yang kita amat rendah harga diri kerana memohon kepada mereka yang hanya punyai sedikit kelebihan daripada kita. Itu yang kita akan rasa dan dapat apabila kita memohon kepada makhluk yang sama taraf dengan kita, sedangkan apa yang kita pohon itu belum tentu dapat ditunaikan lagi tetapi pandangan mereka terhadap kita sudah berubah dan maruah kita juga telah rendah disisi mereka. Namun berlainan jika kita memohon kepada Allah, kita tidak akan merasa malu untuk memohon apa jua dihadapan Allah,merintihlah,memohonlah,menangislah semahu-mahunya dihadapan Allah pasti kita tidak akan merasa diri kita dipandang rendah.

Jika kita bergantung kepada selain Allah pasti kita akan kecewa,namun jika Allah adalah tempat pergantungan kita pasti akan ada rasa keyakinan yang kuat didalam hati bahawa kita tidak akan dikecewakan. Memohon kepada Allah lebih mudah dari memohon kepada manusia, tetapi berapa ramai yang sanggup untuk melakukan sesuatu yang amat dibenci oleh nafsu dan meninggalkan perkara yang mendekatkan diri kepada syurga Allah...

عن أنس , أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :حفّت الجنة با المكاره ,وحفّت النار باالشهوات

Bermaksud:Syurga itu dikelilingi oleh perkara yang dibenci oleh nafsu dan neraka pula dikelilingi oleh perkara yang amat disukai oleh nafsu syahwat.
(Hadith hasan gharib riwayat imam at-Tirmizi,Bahrulmazi jilid 18 masalah ke 43 )

Selasa, 26 Mei 2009

Alhamdulillah atas ni'mat ini...


Alhamdulillah, semalam sudah selesai Majlis Perasmian Liqo' Mahabbah anjuran DPM Maqaz Shoubra yang kemudiannya diteruskan dengan pengajian kilat dengan menggunakan kitab Ta'lim al-Muta'allim Toriq al-Ta'allum dan juga kitab Nailur Raja'. Pihak penganjur telah menjemput al-Fadhil Ustaz Syed Abd Qodir untuk mensyarahkan kitab ini dan alhamdulillah banyak sangat manfaat ilmu yang dapat dikutip dan diambil dari kitab tersebut terutamanya buat kita penuntut ilmu Allah dimuka bumi ini.

Dan pada 24 Mei yang lalu,Alhamdulillah,saya bersama dengan 8 orang rakan yang lain telah mengkhatamkan Matan Tuhfah al-Atfal bersama dengan Syeikh Hasan Muhammad Hasan Rajab iaitu salah seorang tenaga pengajar di Maahad Qiraat al-Azhar Shoubra dan juga bekas Ahli Lujnah Tashih Mushaf al-Azhar.

Matan Tuhfah al-Atfal adalah matan yang sangat masyhur bagi sesiapa yang mendalami ilmu Tajwid al-Quran,matan yang disusun oleh Imam Sulaiman al-Jamzuri ini amat ringkas dan mudah difahami oleh pembacanya,matan ini disusun sebanyak 61 bait dan membicarakan hukum-hukum tajwid bermula dengan bab Hukum Nun Mati dan Tanwin dan diakhiri dengan bab Pembahagian Mad Lazim.

Dan selalunya matan Tuhfah al-Atfal akan dicetak bersama dengan matan Muqoddimah Jazariyyah karangan Syeikhul Qurra' al-Imam Ibnu al-Jazari,ini adalah untuk memudahkan para penuntut untuk belajar dan menghabiskan 2 matan yang penting dalam ilmu Tajwid ini. Didalam Muqoddimah Jazariyyah pula akan disyarahkan tentang Makharijul Huruf,penerangan tentang Sifat Huruf,Waqaf dan Ibtida' dan hukum Mad dan Qosr. Ini bermakna apabila seseorang itu manghabiskan dan mengkhatamkan 2 matan ini maka dia telah belajar asas-asas Ilmu Tajwid al-Quran mengikut riwayat Hafs 'An 'Asim dengan sempurna.

Perlulah kita ambil berat tentang ilmu ini kerana membaca al-Quran dengan bertajwid itu adalah wajib dan berdosa jika kita membaca al-Quran tanpa menjaga hukum-hukum tajwid. Syeikh Hasan Rajab ada berpesan kepada saya ketika bertalaqqi dengannya, kata Syeikh Hasan Rajab " Semua orang membaca al-Quran dengan niat hendakkan pahala dan syurga Allah,tapi mereka membaca al-Quran dengan penuh kesalahan dari segi tajwidnya,makhraj hurufnya,sebutan kalimahnya, lalu bagaimana mereka akan dapat mendekati syurga Allah sedangkan mereka melakukan dosa apabila membaca Kalamulllah ".

Mungkin lepas ni akan sambung lagi dengan Syeikh Hasan Rajab menggunakan kitab Muqoddimah Jazariyyah insyaAllah..mungkin tunggu lepas habis imtihan la kot..Doakan saya dan rakan-rakan untuk imtihan syahadah yang akan bermula pada 3 jun 2009 ini...ameenn..
 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.