Pages

Isnin, 11 Mei 2009

Tahniah YAB Ir Nizar..


Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah diatas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan yang Y.A.B Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah MB Negeri Perak yang sah dan bukannya DR Zambry daripada Bn.

Ternyata setelah berbulan-bulan Perak ditadbir oleh kerajaan HARAM oleh MB dan Exco yang HARAM serta beberapa kejadian yang memualkan berlaku, maka akhirnya Mahkamah telah memutuskan bahawa yang haram itu tetap haram dan yang sah itu tetap sah disisi undang-undang.

Moga keputusan ini menjadi satu pencetus semangat buat Para Pejuang Islam di Perak khususnya dan malaysia ‘amnya, serta tidak membuatkan pejuang terleka dgn kemenangan sementara ini. Dengan keputusan ini nampaklah kita bahawa sehebat mana pun manusia ingin merebut jawatan dan kuasa samada secara sah ataupun secara haram,segala taktik kotor dan jijik,berhempas pulas dengan bermacam-macam noda dosa dan melaburkan berjuta-juta wang dan menggunakan segala jentera kerajaan untuk membantu, namun jika Allah ingin mencabut kekuasaan itu sekelip mata sahaja ia akan berlaku.Siapalah kita hendak menentang Allah yang mana segala kehebatan itu ada padanya dan tiada pada kita..

Kembalilah kepada Islam..kembalilah kepada Islam..kembalilah kepada Islam…hanya Islam sahaja cara hidup yang diredhoi oleh Allah diatas muka bumi ini…

Sabtu, 9 Mei 2009

Selamat Hari Ibu Mak ku sayang...




Rasa rindu sangat-sangat kat mak skang nie...kat abah pon sama..takpe2...exam dulu k...takde kata-kata yang dapat nak ditulis untuk menggambarkan sayangnya aku kat mak..tiada apa yang dapat aku buat untuk membalas segala jasa mak,hanya doa yang ku pohon kepada Allah sahaja yang dapat ku panjatkan moga Allah terus merahmati dan memberkati hidup mak dan abah dari dunia sampai akhirat...i love u ibu...

Rabu, 6 Mei 2009

Coretan Pagi-pagi....


Bismillah Walhamdulillah…

Pagi selepas suboh saje la dok depan Pc nie baca-baca berita panas kat Malaysia skang…Mesir pun dah habis musim sejuk,tengah musim imtihan lak..hehe..saya mula exam 3 Jun nie..doakan saya..

Antara berita yang menarik perhatian saya ketika saya membaca pg ni kat Utusan dan Harian Metro ialah tentang kes ragut yang menyebabkan mangsa ragut tersebut maut selepas koma selama 2 hari. Kejadian berlaku ahad lalu di Batu Pahat,Johor. Bila saya terbaca tentang berita ni saya mula teringat tentang kes ragut yang kerap berlaku ketika saya masih menuntut di Maahad Darul Quran Wal-Hadith(DQWH) di Taman Permata Kuala Lumpur,sekitar tahun 2000-2003 camtu la…hampir setiap petang sekitar jam 6.30 ke 7.00 malam waktu orang balik pejabat kan,selalunya kakak2 dan makcik2 kan berjalan untuk sampai kerumah,rumah taman la katakan,hidup kat KL lak…pergi keje naik LRT,itu yang mudah dan cepat..

Berbalik kepada kes ragut td,hampir setiap petang ada aje akak2 yang akan dihimpit peragut,malah kami yang 10 orang dalam kelas sedang mula nak menghafal Quran pun akan tersentap dan sampai ke tahap kami lak boleh meramalkan yang akak sekian2 mesti akan kena(nak gitau yang benda ni selalu sangat jadi depan mata kami)…ish ish ish…keje yang sangat tak elok ditiru…Tp, yang kami pelik polis cam takde buat pape jer..ramai orang suspek org sekian2 yang buat,tapi kes masih jugak jadi. Sampai ada satu malam ada sorang pembantu rumah ni baru balik dari pasaraya Giant beli barang-barang pun kena ragut,habis pecah sos2,kicap,berterabur barang-barang atas jalan, kesian makcik tu..benda lak jadi cepat giler..ade sorang akak lalu pastu dgr bunyi motor laju,tup tup sah akak tu menjerit dengan linangan air mata darah..

Sekarang dah 2009,masih lagi ada kes2 ragut nie..sampai tahap mangsa hilang nyawa,masa saya kat DQWH tu pon penah akak kawan saya nak kena ragut,tapi dia melawan dan kena seret dgn makhluk ragut tu,kena seret beb…Adakah Malaysia dah kurang selamat? Yer..kita tak nafi memang payah nak halang dan banteras jenayah, tapi mungkin juga jenayah makin meningkat sebab kita tidak laksanakan hukum yang sewajibnya kita laksanakan.

Cukuplah dengan rakyat yang menanggung bermacam-macam kesusahan,skang nak keluar rumah pun takut. Takut dengan peragut,penculik,perogol,pembunuh,macam-macam lagi yang berlaku…So,kepada pihak yang berwajib, Fikir-fikirkanlah sama keselamatan rakyat-rakyat bawahan ni jugak yer…kita laksana hukum manusia confirm manusia tak akan takut sebab hukum tu manusia sendiri yang buat..apa kata kita kembali kepada Hukum Allah..insyaAllah akan ada perubahan kerana pencegahan itu hanya datang daripada Hukum Allah sahaja…Adios..

Rabu, 29 April 2009

Empat perkara yang perlu dijauhi...


Empat keburukan perlu dijauhkan untuk menyelamatkan diri daripada kemudaratan serta kerugian iaitu:

1) Ilmu yang tidak dimanfaatkan.

2) Hati yang tidak khusyuk.

3) Nafsu yang tidak pernah kenyang.

4) Doa yang tidak dimakbulkan.

Perkara itu terkandung dalam doa diajar Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang dan daripada doa tidak dimakbulkan." (Hadis riwayat Muslim)

Ilmu tidak bermanfaat ialah pengetahuan yang tidak membawa kebaikan atau menyebabkan seseorang semakin jauh daripada jalan Allah sehingga iman yang sepatutnya bertambah, sebaliknya menjadi berkurangan.

Ilmu bermanfaat bukan saja membuka minda lebih luas, malah meningkatkan semangat seseorang mencari lebih banyak pengetahuan yang mendekatkannya kepada Allah dan pada masa sama menggunakannya demi memajukan diri, agama, masyarakat serta negara.

Mereka berakal iaitu yang sentiasa berfikir sentiasa mencari ilmu pengetahuan. Firman Allah yang bermaksud: "Ada tanda bagi orang yang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya) berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan [Baca Selanjutnya...]undefined tidak ada bagi orang zalim itu seorang pun penolong." (Surah ali-Imran, ayat 190-191)

Orang yang menggunakan akal fikiran dengan melakukan pengamatan terhadap alam sambil mengingati Allah, lalu mereka segera teringat akan kehidupan di akhirat pasti termasuk mereka yang beruntung. Inilah gambaran mereka yang berakal dan cerdik memilih ilmu untuk diamalkan. Mereka tekun dengan ilmu yang bermanfaat. Mereka mengambil berat untuk memastikan ilmu diperoleh itu mesti menjadikan mereka lebih dekat dan tunduk kepada Allah.

Keburukan berikutnya adalah memiliki hati yang tidak khusyuk iaitu yang tidak tunduk kepada Allah. Hati liar dan tidak bersandar kepada Allah dalam menggapai ketenteraman serta kejernihan jiwa. Ciri orang beriman ialah mengingati Allah dan hati mereka menjadi tenteram. Firman Allah bermaksud: "Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'du, ayat 28)

Begitulah pentingnya memiliki hati khusyuk sehingga Allah memperingatkan kita supaya waspada terhadap ketandusan atau kegersangan hati. Hal ini wujud apabila orang beriman terlalu lama mengabaikan ayat Allah sehingga hati menjadi tidak khusyuk dan lalai.

Satu-satunya cara ialah kembali menghidupkan ingatan dan perhatian terhadap ayat Allah, bukan saja ayat al-Quran, tetapi yang terkandung dalam penciptaan langit, bumi dan alam akhirat. Hidupkan makna ayat itu dalam kehidupan.

Firman Allah bermaksud: "Belumkah datang waktunya bagi orang beriman, untuk tunduk (khusyuk) hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang suda turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang sebelumnya diturunkan al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka, lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan di antara mereka adalah orang fasik." (Surah al-Hadid, ayat 16)

Nafsu yang tidak pernah kenyang mudah terkesan dengan banyak fitnah yang tersebar, sehingga tawaran untuk menuruti hawa nafsu di sekeliling tidak dapat dielak. Hampir dalam semua keadaan ada peluang dan ruang untuk menuruti hawa nafsu dan dengan mudah dituruti. Oleh itu, kekuatan iman diperlukan sebagai benteng kerana Islam tidak membunuh nafsu tetapi menegaskan keperluan mendidik nafsu supaya manusia jangan cepat hanyut dipengaruhi kehendak hawa nafsu.

Apabila ia dilakukan dengan syariat, bukan saja seseorang terbebas daripada dosa bahkan memperoleh ganjaran pahala daripada Allah kerana memenuhi hawa nafsu sesuai dengan syariat Allah. Sesungguhnya antara sahabat Rasulullah SAW ada yang berkata: "Ya Rasulullah, orang kaya lebih banyak mendapat pahala, mereka mengerjakan solat seperti kami mengerjakan solat, dan mereka berpuasa seperti kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Bukankah Allah menjadikan bagimu sesuatu untuk bersedekah? Sesungguhnya tiap-tiap tasbih adalah sedekah, tiap-tiap tahmid adalah sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah, menyuruh seseorang kepada kebaikan adalah sedekah dan tidur seorang kamu dengan isterinya adalah sedekah."

Mereka bertanya: Ya Rasulallah, apakah jika salah seorang daripada kami menyalurkan hawa nafsunya, apakah ia mendapat pahala? Rasulullah SAW menjawab: Tidakkah kamu tahu, apabila seseorang menyalurkan nafsunya kepada yang haram, dia berdosa? Demikian pula apabila disalurkan kepada yang halal, dia mendapat pahala." (Hadis riwayat Muslim)

Bayangkan seorang Muslim berdoa kepada Allah, namun tidak dimakbulkan. Jelas ini adalah musibah sedangkan Allah menjamin jika seseorang memohon sesuatu kepada-Nya, pasti di makbulkan. Bagaimanapun, ada syaratnya iaitu memohon hanya kepada Allah, tidak kepada selain-Nya.

Kedua, penuhi segala perintah Allah dan ketiga, beriman dengan sebenarnya kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawa Aku adalah dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Selasa, 28 April 2009

Dari mana asal-usul kita?

Pernahkah kita terfikir akan asal-usul kita? Pernahkah kita berfikir dimana kita berada sebelum kita lahir didunia fana’ ini? Dan pernahkah kita sedar yang kita ini berasal dari setitik air mani yang hina? Mungkin pernah dan mungkin yang belum lagi merenung disebabkan sibuk dgn tugas ataupun komitmen yang lain, namun jika kita sedar akan hakikat diri kita sebagai hamba Allah, pasti kita akan sedar akan asal usul kita dan dari mana asalnya kita ini.

Dizaman yang semakin maju ini, berapa ramai manusia yang jika kita perhatikan akan menampakkan bahawa nilai-nilai sebagai seorang manusia itu makin terhakis dalam dirinya, kita hidup didunia yang amat singkat ini sepatutnya kita kena selalu ingat yang kita akan kembali bertemu dengan Allah tuhan yang menciptakan kita hingga kita sampai ke tahap yang kita kecapi pada hari ini.

Siapa lah kita jika dengan segala kudrat yang Allah pinjamkan ini pun kita masih nak merasa bongkak dan ta’jub dengan diri sendiri, kita lalai dalam nak menunaikan segala suruhan yang telah Allah wajibkan keatas kita sehari semalam. Siapa kita hendak menentang dan mengingkari suruhan Allah? Siapa kita nak merasa bongkak dan ta’jub dgn secebis kehebatan yang kita ada pada hari ini? Andaikata Allah tidak memberi semua itu kepada kita, agak-agak dimanakah kita pada waktu ini?

Disaat umur kita masih lagi berbaki ini, marilah kita kembali untuk menjadi hamba yang sentiasa ingat kepada Allah walau dimana pun kita berada, jika kita taat kepada Allah maka akibat dari ketaatan itu kita yang akan tersenyum kelak, namun jika jalan kemaksiatan yang kita pilih, maka kelak kesengsaraan yang akan kita tempuhi…

Dan berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu ada faedah buat orang-orang yang beriman

 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.