Pages

Khamis, 9 April 2009

Surat Tuan Guru Nik Abd Aziz....

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Jumaat, 3 April 2009

I luv Islam

Bila khutbah Jumaat ditulis oleh biro agama sebuah parti politik yang dilihat terdesak dalam berkempen, maka jadilah khutbah itu seperti ucapan seorang yang seperti sudah kehabisan modal untuk berkempen dan menarik rakyat bagi menyokongnya.. Barangkali itulah yang dapat digambarkan bila membaca khutbah Jumaat yang dihantar ke masjid-masjid di Bukit Gantang untuk dibacakan pada solat Jumaat tadi.. Khutbah yang terang-terangan menuntut dan menyeru para jemaah untuk mengundi UMNO, apa kes ni…

30 mac lalu apabila Yb Nizar menjadi imam solat maghrib di sebuah masjid,maka kecoh lah para pengampu yang Pas berpolitik dalam masjid,namun kini siapa yang lebih teruk dalam berpolitik hingga menghantar khutbah ke masjid-masjid dgn isi khutbah yang langsung tidak menambahkan kesedaran kepada sidang pendengar. Nak karang khutbah pun biar la berjenis sikit yer,takut nanti pecah tembelang siapa yang susah? Fikir sendiri lah…

Namun satu permulaan yang baik buat Y.A.B Perdana Menteri Malaysia yang baru bila mengarahkan supaya 13 tahanan ISA dibebaskan serta merta dan penarikan semula larangan ke atas dua akhbar milik parti politik yang digantung permit baru-baru ini,namun..mungkin ada sesuatu yang kita tidak tahu apa di sebalik semua ini..jangan sangka permulaan yang baik itu akan berterusan baik,ada kalanya permulaan yang baik namun ditengah-tengah nya lebih buruk dari sebelum yang baik itu.. apa pun moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada pemimpin negara kita supaya tidak tersasar jalan dalam memerintah,sebaik-baik pemerintah adalah pemerintah yang memerintah dengan apa yang telah islam garis kan dan bukan dengan garisan yang ditetapkan oleh penjajah ataupun golongan musuh Islam.

Islam adalah agama fitrah yang sesuai untuk semua umat manusia tidak kira di mana saja zaman atau masa,Islam tetap sesuai,Islam bukan agama kolot dan jumud,Islam agama yang syumul dan agama yang Allah turunkan untuk semua manusia,maka hukum yang dibawa oleh Islam itu adalah hukum yang paling sesuai untuk semua manusia tidak kira apa bangsa,warna kulit,bahasa dan negara,serta dimana sekalipun,Islam wajib menjadi pilihan kita semua..Islam untuk semua...

Khamis, 2 April 2009

Artis pun rasa nak jumpa Ulama'


KOTA BHARU, 2 April: Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

Diambil dari: http://siasahdaily.blogspot.com/

Apa-apa Aje..

Jika tiada aral esok malaysia akan mendapat Perdana Menteri yang baru... Moga Allah memberi petunjuk hidayah buat pemimpin baru ini dalam membawa malaysia ke arah yang lebih baik,bukan ke arah yang lebih tidak baik.

Memimpin itu memang bukan perkara yang mudah,ia adalah suatu amanah yang akan disoal di hadapan allah kelak,namun berapa ramai manusia hari ini yang sanggup membuat apa saja demi untuk mendapatkan tempat dalam barisan pimpinan ataupun untuk merampas dari orang lain. Sekarang zaman pilihan raya,pilihan raya di dua bukit dan satu batang..ops..jangan salah faham dgn istilah itu.. Buat para pengundi,moga anda tidak tersilap dalam memangkah calon,semestinya calon yang anda pilih itu adalah calon yang benar-benar teguh dgn prinsip perjuangan dan bukan calon yang mudah goyang dgn wang dan perempuan...

Tadi juga tersiar yang Siti Nurhaliza telah membuat kunjungan hormat ke atas Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz di pejabatnya, Siti juga mengatakan yang beliau sudah lama ingin bertemu dgn Tok Guru dan kini niat itu Allah sudah makbulkan.. artis pon ada rasa hormat dan ingin bertemu dgn seorang ulama yang banyak berjasa untuk gerakan islam, tapi ada juga manusia yang langsung tidak tahu hormat dengan ulama..

Begitulah manusia..ada yang rasa ingin kepada islam dan ada yang benci dengan golongan yang ingin mendaulatkan islam..moga Allah meletakkan kita dalam golongan yang ingin memartabatkan islam hingga ke puncak dunia..adios..

Sabtu, 21 Mac 2009

WADI AL-HUMAITHARA...

18 mac 2009 aku beserta dengan Ust Naim,Ust Din dan juga Ust Najhie telah menyertai satu rombongan yang dianjurkan oleh fadhilah Asy-Syeikh Dr Yusri Al-hasani untuk menziarahi makam Sayyidi Abul Hasan Ali Asy-syazuli yang terletak di muhafazah Bahrul Ahmar,Aswan.

Kami bertolak dengan menaiki bas dari masjid Syeikh Dr Yusri di Muqattam kira-kira jam 2.30 ptg,kami bermusafir dengan dua biji bas dengan perjalanan yang dikhabarkan selama 12 jam(lama benor tu yeop…). Dalam perjalanan tu dapat la kami melihat tempat-tempat yg menarik,cantik dan boleh menenangkan fikiran…

Perjalanan yang lama amat dirasai,perjalanan melalui lereng bukit dan persisiran pantai itu akhirnya mebawa kami sampai ke suatu lembah yg dipanggil dengan nama Wadi Al-Humaithara. Disini terletaknya makam Syeikh Abul Hasan Asy-syazuli,beliau adalah pengasas Thoriqot Asy-Syazuliah yang terkenal dimesir dan seluruh dunia kini. Kami sampai kira-kira jam 3.30 pagi ke tempat Wadi Al-Humaithara dan terus berehat di sebuah rumah yang disediakan untuk rombongan kami disini hingga masuk waktu suboh. Selesai dari kami berwirid dan membaca hizib kami menziarahi makam Sayyidi Syeikh Asy-syazuli sebelum kami merehatkan badan.

Rombongan kami tidak sunyi dari dari berborak dan sembang-sembang,tapi kali ini bukan borak kosong ataupun sembang benda yang tak ada manfaat,tapi lebih kepada perbincangan ilmu. Turut serta bersama rombongan kami adalah Ust Hairulnizam,Ust Nazrul dan juga Ust Juzaili. Dari perbincangan tu dapat la aku menambahkan lagi pengetahuan aku,malah setiap kali selepas solat dan berwirid kami akan duduk dalam halaqah bersama Syeikh Dr Yusri Al-Hasani untuk mendengar kalam-kalam serta pengisian ataupun pengajian yang disampaikan oleh Syeikh. Antara kitab yang Syeikh Dr Yusri syarahkan adalah Hikam Ibn ‘Atoillah.

Pada pagi jumaat selepas solat suboh,Syeikh telah membawa kami mendaki sebuah bukit yang terletak berhadapan dengan masjid dan makam Syeikh Sayyidi Abul Hasan Asy-syazuli. Jabal itu dikenali dengan nama Jabal Humaithara dan kami membaca hizib dan berwirid diatas jabal ini sebelum turun untuk solat dhuha dan berkemas untuk pulang. Sementara menanti masuk waktu solat jumaat banyaklah halaqah yang aku duduk dan mendengar perbincangan dalam halaqah tersebut,antaranya apa yang diceritakan oleh Ust Hairul tentang Fadhilah Syeikh Idris Al-Marbawi dan juga tentang kitab Bahrul Mazi yang sedang ditahqiq beliau dan beberapa lagi rakannya. Moga allah memudahkan mereka dalam usaha mereka untuk memelihara warisan ulama’ tanah melayu yang agung itu. Kami bergerak pulang seusai solat jumaat kira-kira jam 1.15 ptg,inilah satu rehlah yang tak akan aku lupakan kerana membawa aku ke satu tempat yang tenang dan sunyi dari riuh bising bandar seperti shoubra dan juga memberi aku beberapa pengajaran serta pengalaman sebagai hamba,agak-agak bila lagi la boleh sampai sini erk..hehe..

Aku dan rakan-rakan sampai ke shoubra lebih kurang jam 1pg,dan sebenarnya pada 19 mac 2009 sorang sahabat kami telah mengadakan walimahnya di mansurah,beliau ialah Ust Rasyidi Ali. Tapi kami tak dapat nak hadir,tapi moga beliau terus bahagia bersama pasangannnya…adios…
 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.