Pages

Ahad, 29 November 2009

Hujan ... 10 Dzulhijjah 1430 ....


Assalamualaikum semua....
Selamat Hari Raya Aidiladha.....
Kenapa tajuk hujan?? hehe...bukan nak citer pasal band hujan ke apa ker, takde niat pon nak citer lirik yang bapa dia suh jadi askar ke polis ke walaupun kawan-kawan saya suke siulkan lagu tuh.. abaikan ...

Hari ini 12 Dzulhijjah 1430, hari ketiga Aidiladha bagi tahun 1430. Awal suboh 1 Dzulhijjah hujan turun mencurah-curah di Dauran Shoubra dan kawasan sekitarnya, Hujan lebih kurang 15 minit tu membuatkan suhu sejuk makin bertambah, Alhamdulillah masih lagi diberi peluang merasa kehidupan hingga saat ini walaupun banyak sangat kelemahan dan kelalaian dalam melaksanakan tanggungjawab seorang hamba. Pagi jam 7 dapat berkumpul bersama rakan-rakan menunaikan solat sunat AidilAdha berjamaah dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh pengerusi DPM Maqaz Shoubra dan kemudian bersalam-salaman sesama sahabat-sahabat Maqaz.

Hari kedua macam biasa meriah dengan kenduri korban dirumah-rumah negeri, kenduri anjuran MKKK,KPIPM dan Bkan-Bkan yang lain, kesemua mencerminkan kesatuan pelajar-pelajar Malaysia di bumi Mesir yang bernaung dibawah PMRAM dgn slogan 1 Fikrah 1 Amal, moga kesatuan ini akan terus dirahmati dan dilindungi oleh Allah dari unsur-unsur perpecahan. Petangnya saya ke Mator Egypt menjemput sahabat yang baru sampai setelah pulang bercuti ke Malaysia, beliau tiba bersama adiknya pada jam 2.00 petang. Alhamdulillah semuanya selamat sampai dan adiknya ke Mansurah dan beliau mengikut saya pulang ke Shoubra buat sementara waktu...

Bila berkumpul bersama macam-macam topik yg dibincangkan, kembali merujuk perkara-perkara yang sudah masuk dalam arkib negara sambil menghangatkan kembali ingatan dengan perkara-perkara yang sering dipesan oleh para ustaz dahulu, Indah Bukan Ukhuwah itu jika berpaksi atas aqidah yang satu... Cukup..

Ya, leka berborak bersama rakan membuatkan lupa kami dengan keadaan sekeliling... Sekali lagi rumah saya dipecah masuk pada malam 11 Dzulhijjah 1430, tragedi 11 Dzulhijjah... modus operandi yang sama ... mangsa yang berbeza .... itu yang dapat diungkapkan, saya pulang kerumah melihat bilik saya yang bersepah dengan kitab-kitab yang dijatuhkan dari almari, adakah dia ada mengambil kitabku? itu yang kita tak tahu... namun rakan saya kehilangan komputer ribanya, sedih melihat rakan saya.. baru sampai,seronok jumpa sahabat lama yang sudah terpisah 3 tahun namun sesuatu yang diluar dugaan telah menguji kekuatan dan ketabahan hatinya..

hari ini 12 Dzulhijjah, pagi td dimarkas DPM Maqaz Shoubra meriah dengan sahabat-sahabat Maqaz yang datang untuk membantu menjayakan Majlis Korban DPM Maqaz Shoubra, menyembelih 19 ekor kambing dan seekor unta, ramai-ramai melapah kulit, memotong daging dan tulang, membasuh perut dan usus itu antara kerja-kerja yang dijalankan, sempat juga membantu rakan membasuh perut dan usus sebelum saya masuk kedalam membantu Ustaz Saiful Anuar @ Che Pot memasak... hahahaha .... takyah masuk kelas chef, tolong kawan masak dan belajar memasak dari rakan-rakan yang memang superb terhebat dalam masak memasak nie...


Catatan 3 hari AidilAdha, dimulakan dengan Hujan yang turun penuh rahmat dan seribu rahsia serta diikuti dengan laungan takbir membesarkan Allah disetiap pelusuk alam.. hati manusia ini hanya akan tenang jika sentiasa membesarkan nama Allah dan selalu ingat akan Allah.. itu fakta yang tak dapat siapa pun nafikan.. Hujan diawalnya,panas sebentar ditengahnya dan kembali meneruskan perjalanan musafir seorang hamba...

Redho dan sabar itu penting dalam menempuh cabaran hidup, setiap insan akan diuji.... Ya Allah,bantulah hambamu ini...

Khamis, 26 November 2009

9 Dzulhijjah 1430...

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW - 9 Zulhijjah 10H

Sekadar sebagai muhasabah diri kita semua, fitnah akhir zaman sudah mula berleluasa. Marilah kita ingatkan kembali dan segarkan kembali pesanan Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, Baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.