Pages

Rabu, 27 Mei 2009

Hanya Allah tempat kita bergantung


Jika kita merintih memohon dan menangis didepan Allah adakah kita akan dihina dicerca dan dikeji? jawapannya tentulah tidak, ini kerana Allah amat menyukai akan hambanya yang suka meminta kepadanya. Mungkin terkadang kita lupa dan lalai dari memohon kepada Allah,namun kita amat mengharapkan Allah akan membantu kita dalam apa jua keadaan kerana kita yakin tiada kuasa lain yang dapat membantu kita melainkan kuasa Allah semata-mata.

Jika kita memohon dihadapan makhluk pasti kita akan dipandang hina,kita akan diperlekeh dan mereka akan merasakan yang kita amat rendah harga diri kerana memohon kepada mereka yang hanya punyai sedikit kelebihan daripada kita. Itu yang kita akan rasa dan dapat apabila kita memohon kepada makhluk yang sama taraf dengan kita, sedangkan apa yang kita pohon itu belum tentu dapat ditunaikan lagi tetapi pandangan mereka terhadap kita sudah berubah dan maruah kita juga telah rendah disisi mereka. Namun berlainan jika kita memohon kepada Allah, kita tidak akan merasa malu untuk memohon apa jua dihadapan Allah,merintihlah,memohonlah,menangislah semahu-mahunya dihadapan Allah pasti kita tidak akan merasa diri kita dipandang rendah.

Jika kita bergantung kepada selain Allah pasti kita akan kecewa,namun jika Allah adalah tempat pergantungan kita pasti akan ada rasa keyakinan yang kuat didalam hati bahawa kita tidak akan dikecewakan. Memohon kepada Allah lebih mudah dari memohon kepada manusia, tetapi berapa ramai yang sanggup untuk melakukan sesuatu yang amat dibenci oleh nafsu dan meninggalkan perkara yang mendekatkan diri kepada syurga Allah...

عن أنس , أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال :حفّت الجنة با المكاره ,وحفّت النار باالشهوات

Bermaksud:Syurga itu dikelilingi oleh perkara yang dibenci oleh nafsu dan neraka pula dikelilingi oleh perkara yang amat disukai oleh nafsu syahwat.
(Hadith hasan gharib riwayat imam at-Tirmizi,Bahrulmazi jilid 18 masalah ke 43 )

Selasa, 26 Mei 2009

Alhamdulillah atas ni'mat ini...


Alhamdulillah, semalam sudah selesai Majlis Perasmian Liqo' Mahabbah anjuran DPM Maqaz Shoubra yang kemudiannya diteruskan dengan pengajian kilat dengan menggunakan kitab Ta'lim al-Muta'allim Toriq al-Ta'allum dan juga kitab Nailur Raja'. Pihak penganjur telah menjemput al-Fadhil Ustaz Syed Abd Qodir untuk mensyarahkan kitab ini dan alhamdulillah banyak sangat manfaat ilmu yang dapat dikutip dan diambil dari kitab tersebut terutamanya buat kita penuntut ilmu Allah dimuka bumi ini.

Dan pada 24 Mei yang lalu,Alhamdulillah,saya bersama dengan 8 orang rakan yang lain telah mengkhatamkan Matan Tuhfah al-Atfal bersama dengan Syeikh Hasan Muhammad Hasan Rajab iaitu salah seorang tenaga pengajar di Maahad Qiraat al-Azhar Shoubra dan juga bekas Ahli Lujnah Tashih Mushaf al-Azhar.

Matan Tuhfah al-Atfal adalah matan yang sangat masyhur bagi sesiapa yang mendalami ilmu Tajwid al-Quran,matan yang disusun oleh Imam Sulaiman al-Jamzuri ini amat ringkas dan mudah difahami oleh pembacanya,matan ini disusun sebanyak 61 bait dan membicarakan hukum-hukum tajwid bermula dengan bab Hukum Nun Mati dan Tanwin dan diakhiri dengan bab Pembahagian Mad Lazim.

Dan selalunya matan Tuhfah al-Atfal akan dicetak bersama dengan matan Muqoddimah Jazariyyah karangan Syeikhul Qurra' al-Imam Ibnu al-Jazari,ini adalah untuk memudahkan para penuntut untuk belajar dan menghabiskan 2 matan yang penting dalam ilmu Tajwid ini. Didalam Muqoddimah Jazariyyah pula akan disyarahkan tentang Makharijul Huruf,penerangan tentang Sifat Huruf,Waqaf dan Ibtida' dan hukum Mad dan Qosr. Ini bermakna apabila seseorang itu manghabiskan dan mengkhatamkan 2 matan ini maka dia telah belajar asas-asas Ilmu Tajwid al-Quran mengikut riwayat Hafs 'An 'Asim dengan sempurna.

Perlulah kita ambil berat tentang ilmu ini kerana membaca al-Quran dengan bertajwid itu adalah wajib dan berdosa jika kita membaca al-Quran tanpa menjaga hukum-hukum tajwid. Syeikh Hasan Rajab ada berpesan kepada saya ketika bertalaqqi dengannya, kata Syeikh Hasan Rajab " Semua orang membaca al-Quran dengan niat hendakkan pahala dan syurga Allah,tapi mereka membaca al-Quran dengan penuh kesalahan dari segi tajwidnya,makhraj hurufnya,sebutan kalimahnya, lalu bagaimana mereka akan dapat mendekati syurga Allah sedangkan mereka melakukan dosa apabila membaca Kalamulllah ".

Mungkin lepas ni akan sambung lagi dengan Syeikh Hasan Rajab menggunakan kitab Muqoddimah Jazariyyah insyaAllah..mungkin tunggu lepas habis imtihan la kot..Doakan saya dan rakan-rakan untuk imtihan syahadah yang akan bermula pada 3 jun 2009 ini...ameenn..

Isnin, 25 Mei 2009

Sajak I.S.A oleh: Tuan Haji Mohamad Sabu


I.S.A

Kamilah hakim
Kamilah peguam
Kamilah saksi-saksi
Kami penentu masa depan kamu.

Kamulah yang tahu kenapa kamu di sini
Kamu yang mencari tempat ini
Kamu yang memilih untuk ke sini
Kamu suka tempat ini
Kamu menentukan cara hidup kamu.

Kami tidak menyuruh kamu ke sini
Kami tidak suka kamu ke sini
Kami tidak penjarakan kamu
Kenapa kamu penjarakan diri sendiri.

Tak sayangkah kamu kepada anak-anak?
Tak sayangkah kamu kepada emak ayah?
Tak sayangkah kamu kepada isteri?
Kamu menganiaya mereka!
Kamu menganiaya mereka!

Kawan-kawan kamu baik
Kawan-kawan kamu menolong kamu
Kawan-kawan kamu menghantar isteri kamu ke sana ke mari
Kawan-kawan kamu khidmat pada kamu
Kamu percaya pada kawan-kawan kamu?

Tahukah kamu betapa banyak telah berlaku?
Kawan-kawan curang kepada kawan?
betapa banyak isteri pejuang dikhianati kawan?
berapa banyak isteri pejuang memohon cerai?
berapa banyak isteri pejuang melaku curang?

Kamu menentukan ibu kamu derita
Kamu penyebab ayahmu derita
Kamu penyebab anak-anakmu menderita
Kamu penyebab isterimu derita
Kamu penyebab jika isterimu berlaku curang.

Cari jalan keluar dari sini
Kamulah menentukan nak keluar atau terus di sini
Kamu nak keluar besok?
Kamu nak keluar minggu depan?
Kamu nak keluar bulan depan?
Kamu nak keluar tahun hadapan?
Kamu nak keluar 10 tahun lagi?
Kamu yang menentukan!
Saudara......, cari lah jalan keluar!
Kamu menentukan masa depan kamu....

Kamu di sini kerana kamu!
Kamu mementingkan diri!
Kamu nak naik!
Kamu nak terkenal!v Kamu nak pandangan kamu didengar!
Kamu nak kamu dijulang!
Kamu nak nama terbilang!
Kami apa peduli!
Kami jaga keamanan....
Kerana kamu, ucapan kamu, hasutan kamu
Nyawa orang lain terancam
Harta orang lain terancam
Keselamatan orang lain terancam

Kami tak kira menteri
Kami tak kira datok
Kami tak kira Anwar
Kami tak kira Karpal
Kami tak kira Tok Guru
Kami jaga keamanan...
Kami jaga keselamatan

Pintu untuk keluar ada
Pintu untuk taubat ada
Pintu untuk penyesalan ada
Pintu untuk kepangkal jalan ada
Kamulah penentu untuk memilih pintu
Pintu untuk keluar dari sini kamu tentukan

Nak menjadi hero?
Nak menjadi pejuang?
Nak kepada sanjungan?
Nak pertahan pendapat kamu?
Kamulah memilih berapa lama di sini!


(Oleh Hj Mohamad Sabu) * 16Mei 2009

* Sajak ini dikarang sendiri dan dideklamasikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar pada 16 Mei 2009 (Majlis Jamuan Makan & Pengumpulan Dana Utk Mangsa ISA)

*Ia ditujukan buat semua rakyat buat yang belum kenal, nak mengenal dan telah mengenal ISA, yang belum dan yang telah masuk atau keluar dari ISA itu sendiri.

*Untuk makluman akta ISA itu, dalam dunia ini hanya 3 buah negeri yang masih mengekalkannya iaitu Malaysia, Singapura dan Israel......yang lain semua dah buang dan tutup buku. (Kem Guantanamo bukan seperti ISA....ia tidak dijalankan di Amerika kerana undang-undang Amerika tidak membenarkan penangkapan tanpa melalui mahkamah, sebab itu Kem Guantanamo adalah arahan Amerika tetapi dijalankan di luar negara itu (negara lain menjadi baruahnya).

Sumber: http://mohamadsabu.com/

Pesanan untuk wanita masakini...

Saya adalah seorang wanita, seorang isteri dan ibu. Saya bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan dan kini dalam program sarjana. Niat di hati ingin menggenggam ijazah pakar tidak lama lagi. Saya berpuas hati dengan kehidupan saya. Biar pun sibuk tetapi saya bahagia.

Namun kebahagiaan saya hampir direntap beberapa hari lalu. Semuanya kerana lelaki durjana yang meragut beg tangan saya. Ia berlaku begitu pantas, tanpa sebarang amaran. Apa yang terlintas di hati saya semasa lelaki itu berpusing dan meragut beg ialah: ''Ya Tuhan, aku mangsa ragut.'' Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi pada saya. Selama ini saya hanya tengok berita, baca surat khabar tetapi tidak terfikir ia akan terjadi pada saya. Untuk pengetahuan semua, saya diragut di tempat terbuka yang ramai orang, pada waktu siang dan ketika itu bersama suami saya. Begitu berani peragut tersebut.

Saya terjatuh, kepala terhempas ke atas jalan. Saya pitam. Apabila sedar, kepala saya berdarah dan saya ke hospital bersama suami. Sementara menunggu untuk melakukan imbasan kepala, saya menangis. Pengalaman bekerja sebagai doktor menyebabkan saya takut pada keputusan imbasan nanti. Bagaimana jika saya ada pendarahan dalam otak dan saya perlu dibedah? Jika dibedah, adakah saya akan pulih sepenuhnya seperti biasa? Atau saya akan koma untuk selama-lamanya? Bagaimana dengan keluarga saya nanti? Siapa yang akan menjaga anak saya yang masih kecil? Bagaimana dengan impian saya untuk menjadi pakar? Adakah akan terkubur begitu saja?

Saya bersyukur keputusan CT scan menunjukkan tiada pendarahan otak, tapi luka di kepala menyebabkan saya terpaksa dijahit. Saya trauma, rasa takut apabila hendak keluar rumah.

Hari ini apabila saya keluar, saya lihat perempuan mengandung membawa beg tangan. Sepasang kekasih berjalan, yang perempuan membawa beg tangan. Ibu berjalan mendukung anak bersama beg tangan. Tolonglah adik, kakak dan makcik, simpanlah beg tangan anda di rumah. Tukarlah dompet anda kepada yang lebih kecil dan masukkan saja ke dalam poket. Pedulikan fesyen. Biarlah nampak tidak anggun tanpa beg tangan.

Perbuatan membawa beg tangan mendedahkan anda kepada peragut. Peragut ini tidak akan peduli apa yang akan jadi kepada anda. Peragut ini tidak peduli pada keluarga anda, pada impian anda. Jika anda mati pun mereka tidak akan peduli

Kerajaan sekarang sedang berusaha menangani jenayah ragut. Anda juga perlu berusaha dengan menjaga diri supaya tidak menjadi mangsa ragut. Cara yang paling mudah ialah jangan membawa beg tangan.

DR. MANGSA RAGUT

Kuala Lumpur

Sumber: http://kedahlanie.blogspot.com/

Ahad, 24 Mei 2009

Agama itu nasihat....


DALAM PERKARA AQIDAH DAN IMAN.


1. Ikhlaskan niat dalam segala tindakan, semata-mata hanya bagi Allah serta elakkan diri daripada terjebak dalam riya` sama ada perkataan atau perbuatan.

2. Ikutilah sunnah nabi Muhammad s.a.w dalam segenap perkataan, perbuatan dan keluhuran akhlaknya yang tinggi.

3.Serah dan sediakan diri anda untuk melaksanakan segala peraturan dan undang-undang islam, kerana Islam diambil daripada perkataan selamat, yang membawa maksud selamat di dunia dan akhirat, usahlah mengkiaskan sesuatu perkara atau urusan agama itu menurut akal anda, kerana akal itu terbatas cara berfikirnya sepertimana terbatasnya penglihatan anda.

4. Duduk serta bergaullah dengan para alim `ulama`, tunjukkan kasih sayang anda kepada mereka, ambil ilmu daripada mereka, hindarkan diri anda daripada mengherdik atau merendah-rendahkan kedudukan mereka, latihlah anak-anak anda dengan demikian, kerana sesungguhnya `ulama` itu adalah pewaris nabi-nabi.

5. Biasakan diri anda untuk sentiasa mendengar nasihat, bimbingan agama serta mengambil faedah daripadanya.


6. Bertaqwalah kepada Allah serta berazam bersungguh-sungguh untuk melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya.





Sabtu, 16 Mei 2009

Bila rasa diri amat berkuasa..


Bila kena tang depa tak sampai 10 jam dah selesai tanpa ada tunda apa-apa,bila kena tang kita tunda minggu depan,lepas tu tunda lagi...dah memang perangai depa mcm ni,nak buat lagu mana lagi..mungkin niat depa ikhlas nak lambat-lambatkan kes MB Perak ni supaya rakyat makin meluat kat depa..mungkin depa lupa yang depa bukan berkuasa sepenuhnya..Hakim yang depa guna tu pun bila check-check balik rupanya Hakim " correct correct correct ".

Jadi kita pun tak heran la bila jadi lagu ni,sebab sistem kehakiman kita pun dah dilacurkan dan diperkosa sampai macam tu sekali. Patut la banyak kes rogol kat malaysia noo..Pemerintah memperkosa Perlembagaan Malaysia maka rakyat bawah ni memperkosa wanita-wanita lemah yang mana depa suka.

Ingat,tinggi mana pun kita duduk kita tetap manusia yang lemah,kita buat anianya orang teruk-teruk pon kita kena ingat yang lepas ni kita akan kena lagu tu balik...Ingat,tidak ada kuasa yang mampu untuk menentang kuasa Allah dan sapa-sapa yang kerja buat dia dengan niat untuk menghina dan menggagalkan perintah Allah, pasti Allah akan menggagalkan kerja buat dia.

Insan mulia bernama Guru


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



USMAN AWANG
1979



Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru...tanpa guru seseorang itu tidak akan sampai ke tahap yang dia kecapi sekarang ini..Guru yang pertama dalam hidup seseorang sudah semestinya ibu bapa atau penjaganya..maka jangan dilupa untuk mendoakan kesejahteraan buat insan yang pernah menjadi guru kita walaupun seminit..Buat semua guru-guruku,hanya Allah yang mampu untuk membalas segala jasa pengorbanan dan penat lelah para guru dalam memberi didikan tarbiyyah serta ilmu pengetahuan buatku,moga Allah mengampunkan segala dosa guru dan merahmati hidup guru hingga akhirnya...

Isnin, 11 Mei 2009

Tahniah YAB Ir Nizar..


Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah diatas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan yang Y.A.B Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah MB Negeri Perak yang sah dan bukannya DR Zambry daripada Bn.

Ternyata setelah berbulan-bulan Perak ditadbir oleh kerajaan HARAM oleh MB dan Exco yang HARAM serta beberapa kejadian yang memualkan berlaku, maka akhirnya Mahkamah telah memutuskan bahawa yang haram itu tetap haram dan yang sah itu tetap sah disisi undang-undang.

Moga keputusan ini menjadi satu pencetus semangat buat Para Pejuang Islam di Perak khususnya dan malaysia ‘amnya, serta tidak membuatkan pejuang terleka dgn kemenangan sementara ini. Dengan keputusan ini nampaklah kita bahawa sehebat mana pun manusia ingin merebut jawatan dan kuasa samada secara sah ataupun secara haram,segala taktik kotor dan jijik,berhempas pulas dengan bermacam-macam noda dosa dan melaburkan berjuta-juta wang dan menggunakan segala jentera kerajaan untuk membantu, namun jika Allah ingin mencabut kekuasaan itu sekelip mata sahaja ia akan berlaku.Siapalah kita hendak menentang Allah yang mana segala kehebatan itu ada padanya dan tiada pada kita..

Kembalilah kepada Islam..kembalilah kepada Islam..kembalilah kepada Islam…hanya Islam sahaja cara hidup yang diredhoi oleh Allah diatas muka bumi ini…

 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.