Pages

Selasa, 3 Februari 2009

Maka bacalah apa yang mudah dari Al-quran itu

Seorang sahabat nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang bernama Abu Umamah Radiyallahu'anhu telah meriwayatkan bahawa Baginda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:Bacalah kamu wahai sekalian ummatku akan Al-quran,maka sesungguhnya Al-quran itu akan datang ia pada hari qiamat memberi syafaat kepada siapa yang membacanya.(Hadith riwayat Imam Muslim)

'Abdullah ibni Mas'ud radiyallahu'anhu telah meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam telah bersabda:
Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab allah ya'ni al-quran maka baginya satu kebaikan ya'ni pahala,dan satu kebaikan itu pula digandakan dgn sepuluh kebaikan,aku tidak mengatakan alif laam mim itu satu huruf,akan tetapi alif itu satu huruf,dan laam itu satu huruf,dan mim itu satu huruf.(Hadith riwayat Imam Tirmizi)



Daripada dua hadith diatas dapatlah kita mengambil istifadah akan besarnya fadhilat membaca al-quran itu,al-quran dgn sifatnya sebagai petunjuk dari allah untuk manusia serta kalamullah yang amat agung sudah semestinya mempunyai kelebihan yang amat banyak bagi seseorang itu apabila membacanya. Namun apabila kita hendak membaca al-quran itu hendaklah kita menjaga adab-adab dgn al-quran itu sendiri,al-quran bukanlah kitab karangan manusia ataupun kitab yang tiada nilai,namun al-quran itu adalah Kalamullah jalla wa'ala dan sebesar-besar mukjizat Nabi Muhammad Sallallhu'alaihi Wasallam yang kekal hingga ke hari qiamat kelak.

Didalam kita hendak membaca al-quran hendaklah kita memerhatikan beberapa perkara yang wajib dan perlu dijaga ketika hendak membaca al-quran. ketika kita membaca al-quran, sewajibnya kita menjaga hukum-hukum tajwid,makharijul huruf serta waqaf dan ibtida',ini adalah perkara yang amat penting selain kita menjaga adab-adab kita ketika membaca al-quran. Hukum membaca al-quran dgn bertajwid adalah wajib dan membaca al-quran tanpa menjaga hukum-hukum tajwid adalah haram hukumnya.Dan sebaiknya al-quran itu dibaca dgn penuh tadabbur serta menjaga kadar mad dan dengung dgn secukupnya atau pun dgn istilah ilmu tajwid disebut dgn tartil,Saidina Ali Karramallahu wajhah pernah ditanya tentang apakah yang dimaksudkan dengan tartil didalam ayat 4 surah Al-muzammil,maka dia menjawab bahawa maksud tartil itu adalah menjaga hak-hak huruf serta mengetahui akan tempat waqaf dan ibtida'.

Maka kita sebagai umat islam hari ini tidak sepatutnya meninggalkan bacaan al-quran,al-quran sepatutnya menjadi rutin harian kita walaupun sedikit. Amat banyak kelebihan bagi orang yang membaca al-quran itu,seperti hadith diatas yg mana nabi menyebut bahawa al-quran akan datang memberi syafaat pertolongan kepada sesiapa yang selalu berdamping dengannya didunia.Allah juga melipatkan ganjaran untuk sesiapa yang membaca al-quran mengikut huruf,bukan mengikut kalimah atau perkataan,subhanallah...amat pemurah allah untuk memberi pahala kepada kita,namun berapa ramai dari kita yang sanggup untuk mengutip ganjaran yang mana akan membantu kita dihari yang tiada nilai harta dan anak-anak nanti.marilah sama-sama kita melazimkan diri kita dgn membaca al-quran walaupun satu surah pendek satu hari,dan kita hendaklah pastikan bacaan kita itu adalah dengan menjaga hukum-hukum tajwid dan pada waktu yang sama menjaga adab-adab bersama al-quran,kerana Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda didalam sebuah hadith yang bermaksud:
Ramai manusia yang membaca al-quran,sedangkan al-quran melaknatnya.



AL-QURAN PENYELAMAT UMMAH
 
Copyright (c) 2010 ..:: Islam4All ::... Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.